BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

seorang puteri

seorang puteri

About Me

My photo
Saya berumur 4 tahun. Saya mempunyai dua orang abang dan seorang kakak. Saya bercita-cita hendak menjadi seorang polis yang berjaya. Saya suka menulis, melukis dan membaca. Saya juga suka menonton siri Akademi Polis dan Wonderpet. Selamat berkenalan kepada semua.

Thursday, August 27, 2009

Bilik kami basah!

Pagi tadi hujan lebat. Air hujan telah masuk ke bilik saya melalui kebocoran di atap di tepi tilam. Tilam kami dua tingkat, tanpa katil, telah dibasahi oleh air hujan. Abah dah minta kawan abah tolong betulkan atap pada bulan lepas, nampaknya abah kena panggil kawan abah sekali lagi untuk memanjat bumbung. Kakak mengambil kain lap dan letak di atas air yang bergenang di lantai.

Hari ini hari ke tujuh berpuasa. Tapi saya tak puasa. Saya juga tak dikejutkan bangun sahur. Kalau dikejutkan pun belum tahu saya nak bangun ke tak...

Mama kata tahun depan saya mesti belajar berpuasa. Tahun depan saya akan bersekolah tadika.

Selamat berpuasa pada semua.

Tuesday, August 25, 2009

Saya pindah blog!

Selasa, 4 Ramadhan 1430,
bersamaan 25 Ogos 2009.
Jam 4.44 petang.

Saya pindah blog saya sendiri hari ini.